Wednesday 11 April 2012

pengorbanan kedua ibubapa kita


αpαbilα ibu bαpα menαngis kerαnα bαnggα dgn αnαknyα, mαkα terpαdαmlαh αpi nerαkα yg ingin membαkαr αnαknyα itu..

Keredhααn Allαh, terletαk pαdα keredhααn ibu bαpα dαn kemurkααn Allαh, terletαk pαdα kemαrαhαn ibu bαpα..

dan αpαbilα IBU kitα menghembuskαn nαfαs terαkhir.. mαkα hilαnglαh sudαh sαtu keberkαtαn dαri Allαh terhαdαp kitα,iαitu doα dαri IBU terhαdαp αnαk²nyα..

‎~~ Sabar dalam penantian ~~


Merindukan pendamping hidup
adalah fitrah setiap insan.
Wanita, sebagai makhluk Allah
yang cenderung ingin diayomi
atau dilindungi, tentu wajar
berharap pula akan kehadiran
seorang ikhwan dalam hidupnya.

Dan saat menanti adalah ujian
berat bagi seorang gadis. Sebagai
bunga yang sedang mekar atau
yang mungkin telah mekar sekian
lama, seringkali ia terlena dengan
tawaran manis si kumbang yang
datang mempesonanya.

Sayang, kebanyakan kumbang–
kumbang itu sekadar ingin
menggoda saja. Malah ada pula
yang sekadar ingin menghisap
madunya tanpa mau bertanggungjawab.

Na’udzubillah! Kerana itu, setiap
gadis muslimah haruslah
pandai menjaga diri dan
selalu berhati–hati, jangan sampai
tertipu. Lalu, apa yang sebaiknya
dilakukan oleh seorang gadis
muslimah dalam penantian....?

1. Memperbanyak amal ibadah

Seorang muslimah dalam masa
penantian hendaknya semakin
mendekatkan diri kepada Allah.
Pendekatan diri kepada Allah
dengan memperbanyakkan amal
ibadah, khususnya ibadah sunnah.
Kerana ia boleh menjadi perisai diri
dari berbagai godaan.

2. Do’a dan tawakal

Rezeki, maut, termasuk jodoh
manusia sudah ditentukan oleh Allah,
dan Dia maha mengetahui yang
terbaik bagi hambaNya, yang boleh
kita lakukan adalah berikhtiar dan
berdoa, kemudian bertawakal
kepadaNya.
Hanya kepada Allah kita berserah
diri dan mohon pertolongan.
Berdoalah agar segera dikurniakan
jodoh yang sholeh, yang baik
agamanya, dan boleh membawa
kebahagiaan bagi kita di dunia
dan akhirat. Yakinlah Allah akan
memberikan yang terbaik.
Bukankah Dia akan menjanjikan yang 
terbaik untuk hambaNya? 
Kerana itu janganlah berburuk
sangka terhadap Allah.

3. Mempersiapkan diri, membekali
diri dengan ilmu

Bekalkanlah diri dengan ilmu, khususnya
ilmu agama, terutama yang
berkaitan soal rumahtangga.
Seorang suami akan
senang bila isterinya terampil dan
bijak. Terakhir, persiapkan diri
menjadi isteri soleh dan sebaik–
baik perhiasan bagi suami. Jangan
lupa untuk merawat diri agar
selalu tampil cantik dan segar.
Tapi ingat, kecantikan itu tidak
untuk ditunjuk kepada sembarangan orang,
persembahkan hanya untuk suami
tercinta kelak.
Kepada para ikhwan
Bagi para ikhwan, ketahuilah
sesungguhnya telah banyak
akhwat yang siap. Mereka
menunggu pinanganmu. Mereka
menunggu keberanianmu.
Tunggu apalagi jika engkau sedia untuk bernikah dan
merindukan seorang isetri? Ayuhlah,
jangan ikhlaskan wanita–wanita
soleh itu dinikahkan dengan
lelaki yang tak baik agamanya.
Ingat bahawa Allah akan menolong
seorang pemuda yang berniat untuk
bernikah demi menyelamatkan
agamanya. Kerana itu,
segeralah mencari
pendamping yang boleh
membantumu bertaqwa kepada
Allah.

Tuesday 6 March 2012

kehilangan org yg aku sayangi

Assalamualaikum...

hari nie aku nk share kesedihan aku dengan semua orang...
aku telah kehilangan org yg betul2 aku sayang...
terkilan n teramat sedih sekali..
tk dinafikan yg aku amat merindui nye...
setiap saat,setiap detik aku teringat kn nye...

semalam aku telah kehilangan nenek yg aku sayangi...
dulu,aku selalu dengar lawak2 die...
wan ialah gelaran nenek aku...
setiap hari wan selalu wat lawak..
walaupun wan dh tk ingat semua nye.. tp wan selalu wat org yg bersama dengan nye happy,gelak...
ada je lawak2 yg die wat kt family kita org...
kadang2 tue wan ada gak mengamuk...
kalau die mengamuk,mmg kne cakap leklok la dengan die...
kalau tk,mmg kne marah la jawabnye...

emm,kalau wan sorang2,tak ada org teman die,mesti die nyanyi lagu...
best jgak die nyanyi...
jangan ingat org tua tk pandai nyanyi ye...
kalau nk dibandingkan dengan artis,mmg kalah la artis tue...
hehhehehee...
lagu yg selalu die nyanyi ialah yale-yale...
pernah gak tanye 'wan tahu mane lagu tue?? '
wan ckp 'lagu tue lagu citer hindustan dulu-dulu..'
smpai sekarang aku ingat lagu tu...
rindu sgt2 kt wan..

masa wan dikapankan,aku menangis sepuas2 nye...
yela,tk sangka pun yg wan akan pergi tinggalkan kite org..
mmg sedih sgt...
tp nasib baik aku dpt control time nk cium wan utk kali terakhir...

tak nak la citer lebih2...
nanti air mata aku mengalir lagi...
cukup la smlm last aku menangis utk wan...
tk sanggup nk seksa wan...
semoga wan ditempatkan bersama org2 yg beriman....
amin...
Al-Fatihah...















Saturday 4 February 2012

PengOrbAnAn SeOrAng Ibu

Tika kita lapar , tangan ibu yang menyuap ..
Ketika kita haus , tangan ibu yang memberi minuman ..
Ketika kita menangis , tangan ibu yang mengesat air mata..
Ketika kita gembira , tangan ibu yang menadah Syukur..
Memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia ..
Tika kita mengantuk , tangan ibu yang dodoikan , dgn penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi , tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,
membersihkan segala kekotoran,




Tika kita dilanda masalah , tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:
Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,...
Ketika ibu sudah tua & kelaparan,
tiada tangan dari anak yang menyuap.
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata.
Ketika ibu sakit , di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad, ketika jenazah ibu nak dimandikan,
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir?




Tangan ibu, tangan ajaib ..
Sentuhan ibu, sentuhan kasih ..
Boleh membawa ke SYurga Firdausi..




Ciumlah tangan ibu,...
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi..

KesEtiAaN pd yAng SaTu

❤*Assalamu'alaikum wahai teman* ❤

✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤

*● ♥Jangan menangis kerana tak dapat cinta dari seseorang.

*● ♥Tetapi menangis lah kerana tiada perasaan cintakan Allah.

*● ♥Kerana itu satu kerugian terbesar dalam hidup.

●Bukan kesenangan hidup yg dicari, tapi keberkatan Ilahi yg diimpi....InsyaAllah..♥

✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤

hAti YaNg TeRLukE

Hati nie begitu sakit bile kita rasa dipermainkan..
Andai kau tahu bagaimana perasaan ku skrg,adakah kau akan mengerti n tidak menyakiti ku lagi???
Aku begitu menyayangi mu kerana cinta ku hanya utk mu...
Aku tahu aku tk la se 'perfect' org lain..
But i'm trying to do the best for us..
Coz i know who i love..






Kenapa hati ku mudah sentap dengan p'buatan kau???
Kenapa aku mudah sensitif bile kau wAt something yg mAybe remeh-temeh..?
Aku rasa aku akan wAt yg t'baik utk kita b'dua..
Asalkan kita akan b'satu selama-lama nye..
n dengan cinta yg ada,hopefully kita akan bahagia smpAi ke akhir hAyAt..


~AMIN~

Friday 3 February 2012

Profil Nabi Muhammad s.a.w

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...